Bertungku dilakukan selepas 2 minggu sehingga 44 hari ketika tempoh berpantang-tekan perlahan-lahan sehingga tenggelam sedikit tungku.
Mula dari bahagian hulu hati ke sekeliling pinggang,kemudian ke cawan peha dan berakhir ditundun,buat berulang kali selama setengah jam,dan akhiri dipeha,celahan peha,lutut,kaki dan tapak kaki.bolehlah menekan dan mencungkil peranakan.
Urutan dan perawatan untuk ibu lepas pantang akan dilakukan selepas 3 hari bersalin..urutan dan perawatan yang baik membantu memulihkan aliran darah,mencuci dan mengeluarkan darah,angin serta lendir yang kotor dan melawaskan nifas daripada tersekat atau tersumbat.uratan dapat menenangkan emosi,meringankan tubuh badan yang lesu dan melegakan bisa otot dan sendi-sendi.
Selepas mengambil ubat bersalin selama 44 hari,Ibu-Ibu
disyorkan mengambil rumusan herba untuk kerapian bahagian alat sulit sehingga 100 hari.Diambil sebagai amalan harian sebelum serapan pagi untuk merapikan dan merarapatkan otot saluran faraj serta menguatkan mulut rahim.
Rawatan Param Panas-Boleh dibuat selepas mandi iaitu dengan mengosok anggota badan bagi memamanaskan tubuh badan bertujuan untuk menghalang angin sejuk yang akan mengakibatkan kebas-kebas,bisa otot,
sakitbsendi dan sakit saraf,juga untuk mengluarkan daki serta sel mati.





No comments:
Post a Comment